DOA LAWATAN KERJA KSU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KE HOSPITAL SIBU
Segala puji untuk-Mu Ya Allah, Tuhan yang
mempunyai segala sifat keagungan dan kesempurnaan, kepada-Mu sahaja kami sembah
dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan dan perlindungan. Ya Allah,
jadikanlah kami dari kalangan hamba-Mu yang sentiasa mendapat keampunan dari
segala doasa, mendapat hidayah dalam segala usaha dan cita-cita serta mendapat
rahmat dan keberkatan dalam setiap amalan dan pekerjaan.
Allahuma Ya Allah, kami dengan penuh kusyuk
dan tawaduk menadah tangan dengan menzahirkan kesyukuran di atas hidayah dan
inayah-Mu dapatlah kami melaksanakan Majlis Lawatan Kerja (Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia dan deligasi) ke Hospital Sibu pada kali
ini, diserikan dengan hamparan petunjuk, keredhaan dan keberkatan daripada-Mu
Ya Allah.
Allahumma Ya Mujibus Saailin
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau amat
mengetahui akan niat dan tujuan kami merencana dan melaksanakan majlis ini.
Sesungguhnya tanpa hidayah, bimbingan dan panduan daripada-Mu maka majlis ini
tidak akan Berjaya dan sempurna. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah majlis ini
sebagai platform bagi mewujudkan kesatuan hati, fikiran dan tindakan untuk kami
merancang dan melaksanakan setiap agenda. Bukakanlah ruang, peluang dan
kesempatan untuk bekerjasama dalam apa jua perkara yang membawa kebaikan kepada
agama, bangsa dan Negara kami.
Ya Allah, jadikanlah majlis yang penuh berkat
ini sebagai landasan untuk kami bertukar-tukar pandangan, melontarkan buah
fikiran dan merencana tindakan dalam mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan
serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.
Allahumma Ya Hanan, Ya Badi’us Samaa wa ti
Wal’ard, Ya Zaljala liwal ikram,
Ya Allah, peliharalah kami sekalian, para
pemimpin kami yang berwawasan dan jauh pandangan, agama kami yang kami pegang, Negara
kami yang kami sayang dari sebarang musibah, huru-hara dan bala-bencana.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa atas sesuatu.
Mohon copy tuan...terima kasih
BalasPadamMohon copy tuan
BalasPadamassalam..minta izin di copy doanya ya..semoga admin sentiasa sihat dan berada dalam lindungan ALLAH SWT.
BalasPadamassalam..minta izin di copy doanya ya..semoga admin sentiasa sihat dan berada dalam lindungan ALLAH SWT.
BalasPadammohon copy tuan..Tq
BalasPadam