Isnin, 26 Disember 2016

KERTAS CADANGAN ELEMEN HOSPITAL MESRA IBADAH

KERTAS CADANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI
HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) DI HOSPITAL XXXX BAGI TAHUN 2017


Tujuan

Kertas ini disediakan untuk memohon kelulusan Yang Berbahagia Doktor XXX, Pengarah Hospital XXX mengenai cadangan peringkat awal bagi melaksanakan elemen Hospital Mesra Ibadah (HMI) di Hospital XXX.

Misi
Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.

Visi
Berusaha  mengintegrasikan rawatan fizikal, psikologi, mental dan rohani.

Pendahuluan
Tidak ramai yang tahu malah mahu untuk bertanya tentang permasalahan fiqh di dalam perawatan pesakit di institusi perubatan.  Ramai juga di kalangan orang muslim masih menganggap jika seseorang itu ditimpa kesakitan, maka masa itu untuk ‘cuti’ beribadah.  Kesakitan dijadikan alasan sebagai halangan di dalam membuat kerja-kerja bersangkutan dengan ibadah.  Begitu juga dengan perkara-perkara yang memerlukan pandangan Islam di dalam isu berkaitan dengan bioteknologi perubatan seperti contoh euthanasia, menderma atau menerima organ dan sumber ubat yang dihasilkan daripada porcine.
“Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu”    
(al-Taghabun : 16)
            Firman di atas membuktikan  bahawa ibadah wajib  dilakukan walaupun dalam keadaan sukar, contohnya semasa menerima rawatan.  Walaupun begitu, ibadahnya dilonggarkan mengikut kemampuan seseorang itu.  Dalam konteks ini, kakitangan hospital khususnya perawat perubatan muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan.  Panduan beribadah ketika sakit perlu didedahkan dan pada masa yang sama perawat perubatan Muslim bertindak sebagai kaunselor dan sahabat kepada pesakit dan ahli keluarganya.  Maka, pengetahuan asas dalam panduan beribadah ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap perawat perubatan muslim.


Hospital Mesra Ibadah (HMI)
Satu konsep telah diperkenalkan iaitu Hospital Mesra Ibadah.  Antara elemen-elemen penting yang perlu ada pada HMI :
                 i.             Pengamal Perubatan
               ii.             Latihan–latihan
              iii.             Persekitaran
              iv.             Perkakasan untuk membantu pesakit
               v.             Hak Pesakit dan Persendirian (privasi)
              vi.             Keperluan yang istimewa

Antara Program-Program Yang telah Dilaksanakan 2013 hingga 2016
i.              Bacaan Doa Pagi (Setiap Hari Bekerja) Melalui Sistem Siaraya Hospital Sibu
ii.            Kelas Pengajian Al-Quran (2 kali Seminggu)
iii.           Ceramah Bulanan & Bacaan Yaasin
iv.           Kemusykilan Agama “Staff Tanya Ustaz Jawab”
v.            Bimbingan Kerohanian (Pesakit / Waris Pesakit / Staf)
vi.           Kursus & Seminar


Sasaran Peserta

i.              Pegawai & Kakitangan Hospital (khususnya yang beragama Islam)
ii.            Pesakit & Waris Pesakit


Cadangan Masa Melaksana Program

i.              Sepanjang tahun 2017


Cadangan Program Yang Akan Dilaksanakan Sepanjang Tahun.

i.            Pelantikan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Sibu (Lampiran A) ;
ii.            Bacaan Doa Pagi (Setiap Hari Bekerja) melalui sistem siaraya Hospital Sibu ;
iii.           Pengumuman waktu solat (5 waktu) melalui sistem siaraya Hospital Sibu
iv.           Meletakkan tanda arah kiblat di setiap kubikel di semua wad ;
v.            Mewujudkan ‘sudut solat’ di setiap wad untuk kemudahan pesakit dan waris
        menunaikan solat ;
vi.           Menyediakan alat-alat kelengkapan solat (solat kit) di setiap wad – botol spray, debu tayammum, kain telekung, sejadah kecil, buku panduan solat untuk pesakit ;
vii.          Menyediakan naskah Al-Quran dan rehal untuk kegunaan pesakit dan waris di setiap wad ;
viii.        Bacaan doa:
-       Doa untuk kesembuhan pesakit, doa syifa’
-       Doa pesakit menjalani pembedahan
-       Doa sebelum memulakan pembedahan
-       Doa menziarahi pesakit           
-       Doa di dewan bersalin/panduan azan/iqamah ;
ix.           Kelas Pengajian Al-Quran (2 kali seminggu) ;
x.            Ceramah Bulanan & Bacaan Yaasin ;
xi.           Kemusykilan Agama “Staff Tanya Ustaz Jawab” ;
xii.          Bimbingan Solat dan Ibadah (Atas Rujukan untuk pesakit dan waris) ;
xiii.        Menyediakan poster – panduan solat pesakit, doa-doa, contohnya:
-           Doa untuk kesembuhan pesakit, doa syifa’
-           Doa pesakit menjalani pembedahan      
-           Doa sebelum memulakan pembedahan
-           Doa menziarahi pesakit     
-           Doa di dewan bersalin/panduan azan/iqamah ;
xiv.        Kursus & Seminar – masalah fiqh perubatan, rukyah, tauhid & tafsir Al-Quran, ilmu keibubapaan (parenting skills) ;
xv.          Penerangan berkaitan (HMI) kepada semua pegawai & kakitangan Hospital Sibu (CME & CNE) ;
xvi.        Training of Trainer (TOT) berkala kepada pegawai dan kakitangan Hospital Sibu ;
xvii.       Pelancaran (HMI) Hospital Sibu ;
xviii.      Program bersama pesakit & waris pesakit – orientasi di wad ;
xix.        Mewujudkan wad perintis – Wad Mesra Ibadah ;
xx.          Research and Development (RnD) berkaitan (HMI) Hospital Sibu dari semasa ke semasa ;
xxi.        Program Bacaan Azan dan Tahnik untuk bayi Muslim ;
xxii.       Kursus munakahat / perkahwinan - 2 kali setahun ;
xxiii.      Kursus pengendalian jenazah - 3 kali setahun ;
xxiv.      Solat tarawih berjemaah dan tazkirah - 1 kali seminggu di bulan Ramadhan ;
xxv.       Program Ziarah - Tauhid & pemeriksaan kesihatan ke Rumah Anak Yatim dan Rumah Orang-Orang Tua – 4 kali setahun ;
xxvi.  Bundle Sale (buku, pakaian atau barang-barang yang didermakan oleh kakitangan hospital)untuk mengutip dana bagi tabung Surau Hospital Sibu ;

Penutup

Pihak Unit berharap agar segala perancangan yang telah dikemukakan ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada Yang Berbahagia Doktor XXX, Pengarah Hospital XXXX.

Disediakan bersama :-

1.            USTAZ XXXXX
         Ketua Unit 

2.            DR XXXX
         Ketua Jabatan 



Disokong oleh,



(ENCIK XXXXXXXXXXXXXXXX)
Penolong Pengarah (Pengurusan)



Disahkan oleh,



(DR. XXXXXX)
Pengarah Hospital XXXXX

Ulasan Pengarah :
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 Lampiran (A)

Penubuhan Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI)
Peringkat Hospital XXXX

Penaung                 :           Dr. XXXX (Pengarah)
Pengerusi               :           Dr. XXX (Ketua Jabatan Anestologi & Rawatan Rapi)
Setiausaha             :           Ustaz XXX (Ketua Unit Pembangunan Insan)
Pen. Setiausaha     :           Ustaz XXX (Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam)
Ahli Jawatankuasa           :    Penolong Pengarah (Pengurusan)
                                              Pegawai Unit Pendidikan Hospital
                                              Pegawai Kerja Sosial Perubatan Kesihatan
                                              Pegawai Unit Kualiti Hospital
                                              Pegawai Farmasi Hospital
                                              Penyelia Jururawat Hospital    
                                              Penyelia Penolong Pegawai Perubatan

                                              Wakil Sukarelawan Hospital 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan