Mukaddimah Bahasa Arab
Kami
menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu diatas segala limpahan nikmat
dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami
menghadirkan diri bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan (..................................)
pada kali ini.
Allahuma
Ya Allah..
Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, jadikanlah lafaz ikrar yang akan kami lafazkan nanti, akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai warga kerja ___________ yang berintegriti, cekap, berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh kejujuran, keikhlasan, ketelusan dan kebijaksanaan bagi mendaulatkan kesucian agama, memelihara maruah bangsa dan Negara seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada jabatan ________ yang kami kasihi ini.
Allahuma
Ya Allah..
Ya Allah, hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji, jauhilah kami dari sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji,
tanamkanlah
ke dalam diri kami sifat rajin bekerja dalam suasana semangat bekerjasama dan
persaudaraan yang sejati, ke arah mencapai kecemerlangan dan keredhaanmu Ya
Ilahi. Terimalah segala hasil usaha dan khidmat bakti kami ini sebagai satu
ibadah seperti mana yang engkau kehendaki.
Allahumma
Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Zaljala liwal ikram..
Ya Allah, kami juga memohon jadikanlah diri, keluarga, dan negara kami ini sentiasa di dalam keadaan aman dan damai, makmur dan bahagia, sentiasa dianugerahi kebaikan dan kebajikan, pemeliharaan dan penjagaan, perlindungan dan pengawasan, doa yang dimakbulkan dan dosa yang diampunkan serta dijauhkan daripada segala kekacauan dan huru hara, musibah dan penyakit. Semoga kami dapat hidup tenteram dan bahagia di dunia dan akhirat..
Ya
Allah, Engkau jadikanlah pertemuan ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan
kami selepas ini, perpisahan yang diberkati dan dilindungi..
Penutup Doa Bahasa Arab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan