DOA MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG TAHUN
2015
ANJURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK
_______________________________________________________________
Muqaddimah Bahasa Arab
Engkaulah
yang memiliki kekuasaan pemerintahan dan Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang
dikehendaki.
Allah
humma Ya Allah
Kami dengan
penuh tawadhu’ dan tadharru’, menadah tangan menzahirkan kesyukuran kami, di
atas limpah kurnia dan izin-Mu, maka kami dapat berhimpun pada malam yang
bersejarah ini, untuk sama-sama meraikan, Majlis Jasamu dikenang bagi Tahun
2015, buat Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-Kakitangan yang diraikan, anjuran Jabatan
Kesihatan Negeri Sarawak yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu
Doktor Zulkifli bin Jantan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
Allah humma Ya zal jala li wal ikram
Berkatilah hidup kami, serta tetamu yang
diraikan, dengan taat dan iman, taufik dalam melaksanakan kerja-kerja
kebajikan, sihat badan dan fikiran yang berterusan, kekal melaksanakan perintah
Tuhan, setelah sekian lama berkhidmat memerah otak dan buah fikiran, demi
memartabatkan agama, bangsa dan negara, mudah-mudahan husnul khatimah yang
menjadi matlamat dan tujuan dikabulkan, sementara segala khidmat yang diberikan
pula, akan menjadi sedekah jariah, yang pahalanya berterusan, dan bagi generasi
yang kemudian, menjadi ikutan dan kenangan, yang tidak akan dilupakan.
Allah humma Ya Rahman Ya Rahim
Selamatkanlah kami sekalian, pemimpin-pemimpin
kami, negara kami dari sebarang huru hara, wabak penyakit, bala bencana,
ancaman musuh yang boleh menggugat kestabilan negara, persengketaan yang boleh
memecah belahkan perpaduan, oleh itu,
mantapkanlah keharmonian hidup rakyat jelata, semoga hidup kami di dalam
sejahtera, aman damai sepanjang masa. Berikanlah kami kekuatan agar khidmat
bakti kami sentiasa dihormati di persada antarabangsa dan bertaraf dunia.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah
perhimpunan kami ini, sebagai satu perhimpunan yang dirahmati, dan perpisahan
kami pula selepas ini, sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami,
kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.
Penutup Bahasa Arab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan