Selasa, 27 Disember 2016

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN

Mukaddimah Bahasa Arab

Kami menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami menghadirkan diri bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan (..................................) pada kali ini.

Allahuma Ya Allah..

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, jadikanlah lafaz ikrar yang akan kami lafazkan nanti, akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai warga kerja ___________ yang berintegriti, cekap, berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh kejujuran, keikhlasan, ketelusan dan kebijaksanaan bagi mendaulatkan kesucian agama, memelihara maruah bangsa dan Negara seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada jabatan ________ yang kami kasihi ini.

Allahuma Ya Allah..

Ya Allah, hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji, jauhilah kami dari sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji,
tanamkanlah ke dalam diri kami sifat rajin bekerja dalam suasana semangat bekerjasama dan persaudaraan yang sejati, ke arah mencapai kecemerlangan dan keredhaanmu Ya Ilahi. Terimalah segala hasil usaha dan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah seperti mana yang engkau kehendaki.

Allahumma Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Zaljala liwal ikram..

Ya Allah, kami juga memohon jadikanlah diri, keluarga, dan negara kami ini sentiasa di dalam keadaan aman dan damai, makmur dan bahagia, sentiasa dianugerahi kebaikan dan kebajikan, pemeliharaan dan penjagaan, perlindungan dan pengawasan, doa yang dimakbulkan dan dosa yang diampunkan serta dijauhkan daripada segala kekacauan dan huru hara, musibah dan penyakit. Semoga kami dapat hidup tenteram dan bahagia di dunia dan akhirat..

Ya Allah, Engkau jadikanlah pertemuan ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang diberkati dan dilindungi..

Penutup Doa Bahasa Arab


DOA MUNAJAT QIAMULLAIL SYAHDU

Doa Munajat Memohon Keampunan Allah s.w.t.

Bahasa Arab

Ya Allah  ya tuhan kami ampunkanlah dosa-dosa kami ya Allah..
dosa besar kami dan dosa kecil kami ya Allah..
dosa yang sengaja dan dosa yang tidak sengaja kami lakukan ya Allah..

Ya Allah ya tuhan kami, kami mohon kepada mu ya Allah, kerahmatan dari Mu Ya Allah..kebaikkan dalam kehidupan kami ini ya Allah..

Kukuhkanlah ikatan ukhwah sesama kami ya Allah.. kuatkanlah jiwa kami ya Allah..
Dalam mengharungi ujian kehidupan kami ini ya Allah..

Ya Allah ya tuhan kami, kami mohon kepada Mu ya Allah.. dengan apa yang pernah dipohonkan oleh nama kami Nabi Muhammad s.a.w..

Jauhkanlah kami ya Allah..apa yang diminta dijauhkan oleh nabi kami Muhammad s.a.w.

Ya Allah ya tuhan kami, kami mohon kepada Mu ya Allah, agar dijadikan kami hamba Mu yang soleh dan solehah yang ringan dalam mentaati perintah Mu ya Allah.. senangkanlah kami ya Allah..untuk kami mentaati perintah mu ya Allah..

Ya Allah ya tuhan kami..engkau jauhkanlah kami ya Allah..kesukaran dalam mentaati perintah Mu ya Allah..

Ya Allah ya tuhan kami, izinkan bibir kami menyebut “laa ilaa ha ill Allah Muhammad Rasullullah s.a.w” di akhir kehidupan kami nanti Ya Allah..

..tat-tatkala terbujur kaku mayat kami ya Allah.. ampunkanlah dosa-dosa kami ya Allah..

diwaktu mana mula dimandi mayat kami ya Allah..gugurkanlah dosa kami dengan guguran air yang merenjis ke atas tubuh badan kami itu ya Allah..

dikalamana dikeringkan jasad kami nanti ya Allah.. keringkanlah dosa-dosa kami yang pernah kami lakukan di dunia ini ya Allah..

dikalamana kami mula dikapankan nanti ya Allah.. putihkanlah amalan kami ya Allah..lebih putih kain kapan yang membaluti jasad kami itu ya Allah..

dikalamana kami diusungkan dan disembahyangkan nanti ya Allah.. pilihlah anak kami yang paling soleh ya Allah.. yang akan mengimamkan solat jenazah ke atas kami ya Allah..yang akan mengusung jenazah kami nanti ya Allah.. yang akan membawa kami ke liang lahad nanti ya Allah..

tat-tatkala mana kami mula di hadapkan ke kiblat nanti ya Allah.. mula dihadapkan jasad kami nanti ya Allah.. keseorangan kami nanti di alam barzakh nanti ya Allah..
jadikanlah kubur kami diantara taman-taman syurga mu ya Allah.. jangan kamu jadikan kubur kami di antara kawah-kawah neraka ya Allah..

Ya Allah ya tuhan kami..ketemukanlah kami dengan arwah ayah datuk nenek kami ya Allah..yang telah meninggal dunia sebelum ini ya Allah.. di “illiyyin” ya Allah.. jangan kamu campakkan kami ke “sijjin” ya Allah..

Ya Allah ya tuhan kami.. bangkitkanlah kami bersama-sama para nabi / para auliya’/ para solihin ya Allah..

Ya Allah..dikalamana kami bangkit di padang mahsyar nanti ya Allah..nama kami dipanggil-panggil..diseru-seru oleh nabi kami Nabi Muhammad s.a.w..

Ya Allah..izinkan kami bersimpuh disisi nya ya Allah..meminum air di telaga kauthar ya Allah.. mengharapkan syafaat nabi kami Nabi Muhammad s.a.w.

Ya Allah.. tat-tatkalamana melayang suratan manusia nanti Ya Allah.. terimalah suratan amalan kami disebelah tangan kanan ya Allah.. jangan kamu terima suratan amalan kami disebelah tangan kiri ya Allah.. kami takut dan kami bimbang dengan dosa-dosa ini Ya Allah..

Dikalamana di masukkan ke dalam syurga Mu nanti Ya Allah.. masukkanlah kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.. bersama-sama para nabi / para auliya’/ para solihin ya Allah.. dan bersama dengan pasangan hidup kami Ya Allah.. anak-anak kami Ya Allah.. ibu bapa kami Ya Allah.. adik beradik kami Ya Allah.. kaum kerabat kami Ya Allah.. dan mereka yang mengaminkan doa ini Ya Allah..

Ya Allah.. ampunkan dosa kami terhadap kedua ibu bapa kami Ya Allah.. khususnya dosa kami terhadap ibu kami Ya Allah.. kami mengakui Ya Allah.. kami pernah bercakap kasar di hadapan ibu kami  Ya Allah.. kami pernah meninggikan suara di hadapan ibu kami Ya Allah.. kami pernah menengking kata-kata ibu kami Ya Allah.. kami pernah mengguriskan hati ibu kami Ya Allah.. kami pernah bercakap kasar dengan ibu kami Ya Allah.. kami tidak sengaja melukakan hati ibu kami Ya Allah.. kami pernah lihat air mata ibu kami mengalir lesu dipipinya Ya Allah.. dengan kesilapan dan keburukan perangai kami ini Ya Allah.. kami tidak sengaja melukakan hati ibu kami Ya Allah (3X).. kami tahu Ya Allah..ibu kami menyayangi kami Ya Allah..

Sewaktu mana kami kecil dahulu Ya Allah.. ibu kami bersusah payah membesarkan kami Ya Allah.. mencium kami di saat mana kami tidur dalam kelenaan Ya Allah..

Dikalamana kami demam Ya Allah.. ibu kami turut demam sama demamnya kami Ya Allah.. di saat mana kami berlari dan kami jatuh Ya Allah..dan luka itu menjadi barah buat ibu kami Ya Allah.. perca-perca kainnya lah Ya Allah.. yang membalutkan darah-darah luka itu Ya Allah..

Disaat mana kami membesar Ya Allah.. ibu kami tidur di atas pamkin itu Ya Allah.. menunggu saat kami menghabiskan pengajian kami Ya Allah..

 Disaat mana kami memasuki pengajian Ya Allah.. ibu kami berhutang keliling pinggang Ya Allah.. untuk membesarkan kami ini Ya Allah.. menyembunyikan rasa dukanya di dalam hatinya Ya Allah.. tersenyumnya ibu kami disaat mana bertemunya dengan kami Ya Allah..

Ya Allah ya tuhan kami..kerana dosa-dosa itukah Ya Allah.. yang menyebabkan anak-anak kami pula enggan mendengar kata bicara kami Ya Allah..

Kerana dosa-dosa itukah Ya Allah.. yang menyebabkan kami sering diuji dan diuji dalam hidup ini Ya Allah..

Kerana dosa-dosa itukah Ya Allah.. yang menyebabkan hati-hati kami pula menjadi keras Ya Allah..

Kerana dosa-dosa itukah Ya Allah.. yang menyebabkan kami sering sahaja berlaku keretakan dalam kehidupan kami Ya Allah..

Kerana dosa-dosa itukah Ya Allah.. yang menyebabkan engkau berpaling dari rahmat-MU untuk kami Ya Allah..

Ya Allah..seburuk mana pun kami Ya Allah.. sekeji mana pun kami Ya Allah.. sejahat manapun yang pernah kami lakukan sebelum ini Ya Allah.. segunung mana pun dosa yang pernah kami lakukan sebelum ini Ya Allah..

Pandanglah kami dengan pandangan rahmat Mu Ya Allah.. pandanglah kami dengan pandangan rahmat Mu Ya Allah.. pada siapa lagi kami menadah doa ini Ya Allah.. tiada lain hanya kepada engkau sahaja Ya Allah.. yang mendengar doa dan mengharapkan daripada Mu Ya Allah..

Ya Allah.. engkau dengarkanlah doa ini Ya Allah..

Engkau kabulkanlah permintaan kami ini Ya Allah.. di saat waktu yang terindah ini Ya Allah..

Bahasa Arab..

DOA MAJLIS JASAMU DIKENANG

DOA MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG TAHUN 2015
ANJURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK
_______________________________________________________________

Muqaddimah Bahasa Arab

Allah humma Ya Allah

Engkaulah yang memiliki kekuasaan pemerintahan dan Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki.

Allah humma Ya Allah

Kami dengan penuh tawadhu’ dan tadharru’, menadah tangan menzahirkan kesyukuran kami, di atas limpah kurnia dan izin-Mu, maka kami dapat berhimpun pada malam yang bersejarah ini, untuk sama-sama meraikan, Majlis Jasamu dikenang bagi Tahun 2015, buat Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-Kakitangan yang diraikan, anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu Doktor Zulkifli bin Jantan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

Allah humma Ya zal jala li wal ikram

Berkatilah hidup kami, serta tetamu yang diraikan, dengan taat dan iman, taufik dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan, sihat badan dan fikiran yang berterusan, kekal melaksanakan perintah Tuhan, setelah sekian lama berkhidmat memerah otak dan buah fikiran, demi memartabatkan agama, bangsa dan negara, mudah-mudahan husnul khatimah yang menjadi matlamat dan tujuan dikabulkan, sementara segala khidmat yang diberikan pula, akan menjadi sedekah jariah, yang pahalanya berterusan, dan bagi generasi yang kemudian, menjadi ikutan dan kenangan, yang tidak akan dilupakan.

Allah humma Ya Rahman Ya Rahim

Selamatkanlah kami sekalian, pemimpin-pemimpin kami, negara kami dari sebarang huru hara, wabak penyakit, bala bencana, ancaman musuh yang boleh menggugat kestabilan negara, persengketaan yang boleh memecah belahkan perpaduan,  oleh itu, mantapkanlah keharmonian hidup rakyat jelata, semoga hidup kami di dalam sejahtera, aman damai sepanjang masa. Berikanlah kami kekuatan agar khidmat bakti kami sentiasa dihormati di persada antarabangsa dan bertaraf dunia.

  
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami ini, sebagai satu perhimpunan yang dirahmati, dan perpisahan kami pula selepas ini, sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

Penutup Bahasa Arab


Isnin, 26 Disember 2016

KERTAS CADANGAN ELEMEN HOSPITAL MESRA IBADAH

KERTAS CADANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI
HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) DI HOSPITAL XXXX BAGI TAHUN 2017


Tujuan

Kertas ini disediakan untuk memohon kelulusan Yang Berbahagia Doktor XXX, Pengarah Hospital XXX mengenai cadangan peringkat awal bagi melaksanakan elemen Hospital Mesra Ibadah (HMI) di Hospital XXX.

Misi
Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.

Visi
Berusaha  mengintegrasikan rawatan fizikal, psikologi, mental dan rohani.

Pendahuluan
Tidak ramai yang tahu malah mahu untuk bertanya tentang permasalahan fiqh di dalam perawatan pesakit di institusi perubatan.  Ramai juga di kalangan orang muslim masih menganggap jika seseorang itu ditimpa kesakitan, maka masa itu untuk ‘cuti’ beribadah.  Kesakitan dijadikan alasan sebagai halangan di dalam membuat kerja-kerja bersangkutan dengan ibadah.  Begitu juga dengan perkara-perkara yang memerlukan pandangan Islam di dalam isu berkaitan dengan bioteknologi perubatan seperti contoh euthanasia, menderma atau menerima organ dan sumber ubat yang dihasilkan daripada porcine.
“Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu”    
(al-Taghabun : 16)
            Firman di atas membuktikan  bahawa ibadah wajib  dilakukan walaupun dalam keadaan sukar, contohnya semasa menerima rawatan.  Walaupun begitu, ibadahnya dilonggarkan mengikut kemampuan seseorang itu.  Dalam konteks ini, kakitangan hospital khususnya perawat perubatan muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan.  Panduan beribadah ketika sakit perlu didedahkan dan pada masa yang sama perawat perubatan Muslim bertindak sebagai kaunselor dan sahabat kepada pesakit dan ahli keluarganya.  Maka, pengetahuan asas dalam panduan beribadah ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap perawat perubatan muslim.


Hospital Mesra Ibadah (HMI)
Satu konsep telah diperkenalkan iaitu Hospital Mesra Ibadah.  Antara elemen-elemen penting yang perlu ada pada HMI :
                 i.             Pengamal Perubatan
               ii.             Latihan–latihan
              iii.             Persekitaran
              iv.             Perkakasan untuk membantu pesakit
               v.             Hak Pesakit dan Persendirian (privasi)
              vi.             Keperluan yang istimewa

Antara Program-Program Yang telah Dilaksanakan 2013 hingga 2016
i.              Bacaan Doa Pagi (Setiap Hari Bekerja) Melalui Sistem Siaraya Hospital Sibu
ii.            Kelas Pengajian Al-Quran (2 kali Seminggu)
iii.           Ceramah Bulanan & Bacaan Yaasin
iv.           Kemusykilan Agama “Staff Tanya Ustaz Jawab”
v.            Bimbingan Kerohanian (Pesakit / Waris Pesakit / Staf)
vi.           Kursus & Seminar


Sasaran Peserta

i.              Pegawai & Kakitangan Hospital (khususnya yang beragama Islam)
ii.            Pesakit & Waris Pesakit


Cadangan Masa Melaksana Program

i.              Sepanjang tahun 2017


Cadangan Program Yang Akan Dilaksanakan Sepanjang Tahun.

i.            Pelantikan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Sibu (Lampiran A) ;
ii.            Bacaan Doa Pagi (Setiap Hari Bekerja) melalui sistem siaraya Hospital Sibu ;
iii.           Pengumuman waktu solat (5 waktu) melalui sistem siaraya Hospital Sibu
iv.           Meletakkan tanda arah kiblat di setiap kubikel di semua wad ;
v.            Mewujudkan ‘sudut solat’ di setiap wad untuk kemudahan pesakit dan waris
        menunaikan solat ;
vi.           Menyediakan alat-alat kelengkapan solat (solat kit) di setiap wad – botol spray, debu tayammum, kain telekung, sejadah kecil, buku panduan solat untuk pesakit ;
vii.          Menyediakan naskah Al-Quran dan rehal untuk kegunaan pesakit dan waris di setiap wad ;
viii.        Bacaan doa:
-       Doa untuk kesembuhan pesakit, doa syifa’
-       Doa pesakit menjalani pembedahan
-       Doa sebelum memulakan pembedahan
-       Doa menziarahi pesakit           
-       Doa di dewan bersalin/panduan azan/iqamah ;
ix.           Kelas Pengajian Al-Quran (2 kali seminggu) ;
x.            Ceramah Bulanan & Bacaan Yaasin ;
xi.           Kemusykilan Agama “Staff Tanya Ustaz Jawab” ;
xii.          Bimbingan Solat dan Ibadah (Atas Rujukan untuk pesakit dan waris) ;
xiii.        Menyediakan poster – panduan solat pesakit, doa-doa, contohnya:
-           Doa untuk kesembuhan pesakit, doa syifa’
-           Doa pesakit menjalani pembedahan      
-           Doa sebelum memulakan pembedahan
-           Doa menziarahi pesakit     
-           Doa di dewan bersalin/panduan azan/iqamah ;
xiv.        Kursus & Seminar – masalah fiqh perubatan, rukyah, tauhid & tafsir Al-Quran, ilmu keibubapaan (parenting skills) ;
xv.          Penerangan berkaitan (HMI) kepada semua pegawai & kakitangan Hospital Sibu (CME & CNE) ;
xvi.        Training of Trainer (TOT) berkala kepada pegawai dan kakitangan Hospital Sibu ;
xvii.       Pelancaran (HMI) Hospital Sibu ;
xviii.      Program bersama pesakit & waris pesakit – orientasi di wad ;
xix.        Mewujudkan wad perintis – Wad Mesra Ibadah ;
xx.          Research and Development (RnD) berkaitan (HMI) Hospital Sibu dari semasa ke semasa ;
xxi.        Program Bacaan Azan dan Tahnik untuk bayi Muslim ;
xxii.       Kursus munakahat / perkahwinan - 2 kali setahun ;
xxiii.      Kursus pengendalian jenazah - 3 kali setahun ;
xxiv.      Solat tarawih berjemaah dan tazkirah - 1 kali seminggu di bulan Ramadhan ;
xxv.       Program Ziarah - Tauhid & pemeriksaan kesihatan ke Rumah Anak Yatim dan Rumah Orang-Orang Tua – 4 kali setahun ;
xxvi.  Bundle Sale (buku, pakaian atau barang-barang yang didermakan oleh kakitangan hospital)untuk mengutip dana bagi tabung Surau Hospital Sibu ;

Penutup

Pihak Unit berharap agar segala perancangan yang telah dikemukakan ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada Yang Berbahagia Doktor XXX, Pengarah Hospital XXXX.

Disediakan bersama :-

1.            USTAZ XXXXX
         Ketua Unit 

2.            DR XXXX
         Ketua Jabatan 



Disokong oleh,



(ENCIK XXXXXXXXXXXXXXXX)
Penolong Pengarah (Pengurusan)



Disahkan oleh,



(DR. XXXXXX)
Pengarah Hospital XXXXX

Ulasan Pengarah :
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 Lampiran (A)

Penubuhan Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI)
Peringkat Hospital XXXX

Penaung                 :           Dr. XXXX (Pengarah)
Pengerusi               :           Dr. XXX (Ketua Jabatan Anestologi & Rawatan Rapi)
Setiausaha             :           Ustaz XXX (Ketua Unit Pembangunan Insan)
Pen. Setiausaha     :           Ustaz XXX (Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam)
Ahli Jawatankuasa           :    Penolong Pengarah (Pengurusan)
                                              Pegawai Unit Pendidikan Hospital
                                              Pegawai Kerja Sosial Perubatan Kesihatan
                                              Pegawai Unit Kualiti Hospital
                                              Pegawai Farmasi Hospital
                                              Penyelia Jururawat Hospital    
                                              Penyelia Penolong Pegawai Perubatan

                                              Wakil Sukarelawan Hospital